Agama Islam menganjurkan kepada umatnya beberapa larangan dan suruhan demi untuk menjaga kesejahteraan umatnya.
- Menziarahi orang sakit - Daripada Aisyah R.A berkata: "Biasanya apabila ada seseorang daripada kami yang menderita sakit, Nabi S.A.W mengusapnya dengan tangan kanan Baginda. Kemudian Baginda berdoa: "Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan manusia. Berilah kesembuhan kerana Engkaulah Penyembuh (segala penyakit). Tiada kesembuhan melainkan kesembuhanMu. Iaitu kesembuhan yang tiada meninggalkankan penyakit". Ketika Baginda menderita sakit dan semakin parah, aku pegang tangan Baginda untuk melakukan seperti biasa Baginda lakukan. Namun Baginda menarik tangan daripada tanganku kemudian berdoa: Ya Allah, ampunilah daku dan jadikanlah aku bersama Rafiq A'la (Tuhan). Aku bergegas untuk melihat, ternyata Baginda sudah wafat". - Sahih Muslim