BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 25, 2012

PERSOALAN BERKAITAN EMAS

1. Saya mendengar sesetengah orang mengatakan bahawa, emas yang dipakai tidak wajib dizakatkan? Adakah ia benar?


Jawapannya, emas yang dipakai wajib dizakatkan.

Namun begitu, ia dikira berdasarkan kepada uruf (cara dan corak pemakaian emas setempat). Uruf pemakaian emas di Selangor tidak sama dengan di Kelantan,

kerana kaum wanita Kelantan memang terkenal suka memakai banyak barang kemas. Jika emas yang dipakai itu tidak mencapai kadar uruf, maka tidak wajib zakat ke atasnya. Di Selangor,

kadar uruf emas ialah 800 gram. Kita boleh mengira sendiri zakat emas. Ambil semua emas yang dipakai dan timbangkan, kemudian darabkan berat emas itu dengan harga emas semasa bagi mendapatkan jumlah RM keseluruhan emas itu kemudian dibandingkan dengan harga emas berdasarkan berat 800 gram tadi (uruf). Jika ia belebihan dari harga emas 800 gram, maka barulah diwajibkan zakat.

2. Saya menyimpan emas di rumah dalam bentuk jongkong dan ada juga emas perhiasan yang sudah rosak dan tidak dipakai. Apakah emas itu wajib dizakatkan?

Emas yang disimpan dalam bentuk apa sekali pun,

adalah wajib dizakatkan apabila ia melebihi berat asas nisab iaitu 85 gram. Caranya,

ambil semua emas itu dan timbang kemudian darabkan dengan harga emas semasa dan darabkan dengan 2.5 peratus bagi mendapatkan nilai zakat.

3. Jika seorang anak perempuan memakai emas perhiasan pada badannya, adakah dia juga wajib dikenakan zakat?

Pertama, pastikan dahulu jumlah emas itu melebihi uruf.

Kedua, menurut pandangan ulama’ yang rajih hendaklah dizakatkan emas itu.

Iaitu, dizakatkan oleh wali atau penjaganya.

Inilah pandangan di sisi Syafie dan Maliki. Bahkan ada hadis yang jelas menyuruh agar penjaga harta anak-anak yatim agar mengembangkan harta-harta itu agar tidak habis dimakan oleh zakat.

Seperti mana sabda rasulullah SAW: “Sesiapa yang menjadi wali anak yatim dan menjaga hartanya,

maka hendaklah dia berniaga untuknya, dan janganlah dia membiarkan harta itu begitu sahaja sehingga ia habis dimakan oleh zakat,” (Hadis Abdullah bin Umar daripada ad-Daruqutni)

ADAKAH BOLEH MEMBELI EMAS DENGAN PEMBAYARAN ANSURAN?


1 - Adakah harus membeli emas dan perak dengan cara ansuran.


Berbagai pendapat fuqaha’ mengenainya. Sebahagiannya menganggap emas itu sebgai barang dan sebahagiannya menganggap barangan. Berdasarkan itu berlaku perbezaan pendapat mengenainya. Seperti berikut: Tidak ada perbalahan fuqaha’ dalam perkara ini., kerana emas dan perak dianggap sebagai barang perniagaan, dan yang harus menjualnya melalui “murabahah” (mengambil untung) dan secara ansuran, kerana ia adalah galian yang telah digabungkan dengan hasil tangan tukang bentuk kerana bentuknya berlaku dengan seni tempa atau seni tangan. Adapun yang diharamkan ditujukan kepada jual emas dan perak asal (yang belum ditempa), maka disana ada perbezaan pendapat fuqaha’ yang disandarkan kepada hadis dhaif yang mengharamkan jualan bentuk ini secara ansuran.

2 - Adakah harus jual emas secara ansur, atau ia mistilah dengan jual tunai, sedangkan sebagaimana diketahui keperluan kepada perkara ini sangat mendesak. Contoh seseorang hendak membeli barangan emas, dan ia telah membuat persafahaman dengan tuan emas supaya pembeli akan memberikannya sebahagian bayaran secara segera dan baki yang lain secara bertempoh. Minta penyelesaian.

Sebahagiannya menjawab: Maka jual emas dengan bayaran ansur berselisih pendapat fuqaha’ padanya, Sebahagian nya berpendapat tidak harus jual emas dengan bayaran ansur, bahkan mistilah dengan serahan segera, kerana menganggap emas adalah nilai duit. Berbeza sebahagian fuqaha’ yang lain yang berpendapat mengharuskan bayaran ansur, kerana emas sekarang bukanlah sebagai duit, tetapi telah bertukar kepada barang, sedangkan “hukum beredar bersama sebabnya pada wujud dan tiadanya”.


Dan yang awlanya (eloknya) jangan terus kepada jual secara ansur melainkan ketika memerlukan. Berkata Dr. Mahmud ‘Ukam pensyarah Syariah di Suria: Harus jual Emas denga harga ansur, berdasarkan ia adalah barang, terutama bila ia dibentuk atau perhiasan. Sesungguhnya perkara ini telah diharuskan oleh bilangan yang tidak sedikit dari fuqaha’ sebagaimana yang disebut kan oleh pengarang “Bidayat al Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid”

Dan berkata Dr. Ahmad al Hajji al Kurdi penyusun “Mausu’ah Fiqhiyyah negara Kuwait: Emas dan perak tidak harus dijual keduanya dengan duit atau seumpama keduanya daripada emas dan perak melainkan secara tunai, dan tidak harus bertangguh apa juga keadaan, kerana menjual kedua-duanya namanya “saraf” dan syarat sahnya saraf ialah “Serah dalam majlis”

Berkata Dr. Rasyid bin Hamd al ‘Aliwiy antara ulamak Saudi: Jumhur ahli ilmu lama dan baru berpendapat kepada melarang perkara tersebut, mereka mensyaratkan padanya apa yang disyaratkan pada duit emas dan perak iaitu serah dalam majlis akad, maka tidak boleh beli denga bertempoh dau ditangguhkan “beransur”. Dan sebahagian fuqaha’ berpendapat kepada mengharuskannya. Mereka menganggap perhiasan emas dan perak terkeluar dari ketegori duit, dan asal duit kepada ketegori barang, dan seterusnya, maka harus menjual dan membelinya dengan bertempoh dan dengan kard kredit. Dan pendapat pertama adalah lebih menyeluruh.

Dan berkata Dr. Ali Mahyyi al Din al Qurrah Daghi ketua Qism Fiqh di Kuliah Syariah di Qatar: Tidak harus jual emas dan perak dengan ansuran, tidak boleh juga dengan bertempoh, samada bertambah atau tidak bertambah, kerana itu berkata fuqaha’: “Tidak harus mengambil untung secara Murabahah yang bertangguh dan jual dengan ansuran terhadap emas dan perak, yang demikian kerana hadis yang sohih yang menunjukkan wajib segera pada menjual emas dan perak. Rasulullah s.a.w bersabda:
( لا تبع الذهب بالذهب والفضة بالفضة إلا يدًا بيد سواء بسواء فإن اختلفت الأجناس فبيعوا كيفما شئتم إذا كان يدا بيد)
“Jangan kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak melainkan secara tunai dan sama. Maka jika berbeza jenis, maka bolehlah kamu menjualnya sebagaimana yang kamu suka bila ia secara tunai”

Dr Ali Jum’ah mufti Repablik Mesir berpendapat: Adapun Emas dan perak yang dibentuk, maka ia terkeluar dari menjadi harga(pengantara untuk penukaran) dan ternafi darinya sebab tunai, yang mewajibkan pada keduanya syarat tunai dan serah, dan yang membawa kesan pengharaman jual bertempoh. Maka ia menjadi seperti barangan lain yang boleh dijual dan beli dengan tunai dan bertempoh, kerana seperti dimaklumi “bahawa hukum itu ada bersama sebabnhya pada ada dan tiadanya”. Inilah juga pendapat imam Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn Qayyum dan selain mereka, dengan syarat ia tidak dibentuk untuk perkara yang haram seperti sesuatu berbentuk emas yang hanya dipakai oleh lelaki yang tidak diharuskan mereka memakainyua.

Berkata Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya I’lam al Muqi’in: “Perhiasan yang diharuskan menjadi hasil cipta yang diharuskan seperti jenis baju dan barang, bukan dari jenis harga, kerana itu tidak diwajibkan padanya zakat, maka tidak berlaku riba diantaranya dan antara harga, sebagaimana tidak berlaku riba antara harga dengan barang-barang yang lain, sekalipun ia dari bukan sejenisnya. Maka sesungguhnya bentuk ini terkeluar dari maksud harga dan disediakan untuk diperdagangkan, maka tidak dilarang menjualnya dengan sejenisnya. Berdasarkan apa yang telah lalu, maka sesungguhnya tidak ada tegahan syarak menjual Emas yang telah dibentuk, dengan cara ansuran hingga ke satu tempoh. Adapun emas yang tidak dibentuk, maka ia diatas asal tegahan kerana sebab riba.


Jawab: Tidak harus menjual emas secara ansur, melainkan sekiranya emas sebagai imbalan kepada barangan. Ditanya syeikh Uthaimin r.h tentang hukum beli emas secara ansur. Maka jawabnya r.h: “Beli emas secara ansur ada dua jenis:

Pertama - Beli emas dengan dirham, maka mistilah diserah dalam majlis akad. Maka apabila seorang membeli perhiasan emas dengan lima ribu rial, maka mistilah diserahkan lima ribu rial terdsebut dalam majlis akad, dan tidak harus membelinya secara ansur, kerana nabi s.a.w bersabda tentang jual emas dengan perak: “apabila jenis-jenis ini berbeza, maka bolehlah kamu jual bagaimana cara yang kamu mahu apabila secara tunai”


Kedua: Membeli emas dengan selain dirham, seperti membeli emas dengan gandum, seperti seorang berkata: “Aku beli darmu emas ini dengan seratus gantang gandum setiap bulan sepuluh gantang”, maka ini dibolehkan, keran jual disini berlaku antara dua perkara yang tidak diharamkan bertangguh
Berdasarkan ini kita nyatakan: “Apabila dijual emas dengan emas maka mistilah dengan dua perkara: bersamaan pada timbangan, dan serah sebelum berpisah. Maka apabila dijual emas dengan perak atau dengan dirham secara tunai, maka mistilah menjaga satu perkara iaitu serah sebelum berpisah. Apabila dijual emas dengan selain itu, maka tidak mengapa menjualnya secara ansur dan menangguhkan harga”.


Kesimpulannya
1- Saya cenderung kepada jual beli emas dengan ringgit yang kita lakukan tidak dianggap pertukaran emas dengan emas atau perak dengan perak yang misti dilakukan secara tunai. Kerana jual beli emas dalam praktik kita disini sebagai barangan, bukannya sebagai harga.


2- Oleh kerana menganggap jongkong emas, dinar dan perhiasan sebagai barangan, maka mengunci harga yang diperaktikkan oleh penjual dan pembeli emas, dianggap jual tempah. beli hari ini, emas ditempah dari pulau pinang atau kelantan memakan masa.


3- Dari segi keselamatan terdedah kepada bahaya sekiranya urus niaga emas dilakukan secara tunai tangan ke tangan sekiranhya jumlah yang besar.Contohnya tentulah tidak selamat urusan jual beli emas di ladang sawit, di estat dan sebagainya.Ini juga dikukuhkan dengan kaedah situasi mempengaruhi hukum.


4- Pun demikian seelok-eloknya diusahakan supaya jual beli emas secara tunai dan tidak bertangguh.

SEJARAH DINAR EMAS DAN DIRHAM PERAK


Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 9166 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Sejarah Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak.


Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

KENAPA KITA PERLU MEMILIKI EMAS?


PERCATURAN NAIK TURUN HARGA EMAS DUNIA

Lihat bertapa dunia luar sudah lama membuka mata dengan nilai wang yang di miliki umat islam ketika dahulu tetapi kita sipemilik asal kuatir dengan harta yang dirampas oleh mereka,mari sama -sama kita sedarkan pandangan matahati terhadap nilai matawang kita yang telah dikaburkan oleh mereka.... ayuh dan usah bimbang dengan matawang yang telah disyorkan oleh baginda junjungan besar Nabi muhammad salallahu alaihi wasallam seperti sabdanya:

MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI

Ertinya:Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat". H.R.Baihaqi

Keterangan

Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.

TERBARU DARIPADA MOD 2012

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat". H.R.Baihaqi

ASSALAMUALIKUM….

KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG DIRAHMATI ALLAH TAALA…

INSYALLAH, SAYA AKAN BERGIAT SEBAGAI WAKALA/DEALER UNTUK JUALAN EMAS SEBAGAI SATU PELABURAN MASA KINI. INI BERTEPATAN DENGAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W YANG MENGAJURKAN AGAR KITA MENYIMPAN EMAS DAN PERAK. SESUAI DENGAN SARANAN BAGINDA INI, SAYA SEBAGAI WAKALA/DEALER KEPADA SYARIKAT MASYRIQ DINAR (MD) INGIN BERKONGSI KEPADA SAUDARA/SAUDARI SEKALIAN DALAM PELABURAN EMAS INI.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA

TEL - +962776117162

EMAIL - saifulnasri@yahoo.com

WEB - www.saifzaza.blogspot.com

SEKIAN TQ